Solekan 5 Minit : “Chic Beauty”

Sebelum bergelar ibu, kebanyakan dari kita tidak pernah terfikir untuk mengorbankan masa bersiap dan bersolek. Dengan penuh keyakinan, kita berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi ibu yang “chic” dan bergaya yang sentiasa dapat memenuhi feed Instagram dengan OOTD stailo dan kening yang sentiasa terlukis rapi. Namun, setelah masa itu tiba, ternyata hakikatnya ia adalah suatu cabaran.

Ketika mula-mula menjadi ibu, saya akui saya pernah tidak mandi dan keluar dari rumah dengan wajah yang pucat tanpa sebarang solekan. Namun lama kelamaan saya menyedari bahawa mandi dan sedikit sentuhan solekan asas adalah keperluan paling minimum untuk saya kekal berkeyakinan. Ia sangat membantu saya merasa lebih menarik, yakin dan diperkasa.

Di sini saya ingin berkongsi rutin solekan 5-minit yang boleh membantu menambah keyakinan seorang ibu yang sibuk, dengan usaha yang minimal!

Langkah 1 : Primer

 

Primer yang yang bagus mampu melindungi cela dengan menutup liang pori dan mempersiapkan kulit untuk lapisan bedak asas yang sekata.

Untuk menggunakannya, sapu Hourglass Veil Mineral Primer SPF15dengan jari ke seluruh muka. Saya juga menggunakannya tanpa sebarang bedak asas apabila saya ingin tampil dengan wajah polos dan “natural”.

Langkah 2 : Bedak asas (foundation)

 

Gunakan sedikit pelembab kulit berwarna (tinted moisturiser) seperti Josie Maran Protect and Perfect SPF47 dan suamkannya di antara dua jari. Kemudian, sapu ke muka dengan untuk mendapatkan hasil yang sekata dan “glowing”.

Atau, tinggalkan sahaja bedak asas dan hanya sapu krim pelindung (concealer) seperti RMS Beauty “Un” Cover Up di kawasan bawah mata untuk menutup cela atau kulit kemerahan.

Akhiri dengan sapuan bedak ringan (loose powder) seperti Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder

 

Langkah 3 : Pipi

 

Untuk menambah keceriaan di wajah, gunakan sedikit pemerah pipi (blusher) atau “bronzer” di kawasan tulang pipi dan sekitar tulang rahang. Pemerah pipi berbentuk “cheek stain” seperti Tarte Cheek Stain sangat berguna untuk sapuan dan “blending” yang cepat dan mudah. Pemerah pipi yang mengandungi partikel “photoluminescent” seperti Hourglass Ambient Lighting Blush pula akan memberikan efek berkilau pada solekan.

 

Langkah 4 : Bulu Mata

 

Saya benar-benar maksudkannya bila saya berkata yang saya tak akan keluar dari rumah tanpa maskara dan gincu. Secalit maskara pada mata akan membuatkan wajah saya tampak lebih segar dengan mata yang lebih bundar. Gunakan By Terry Mascara Terrybly selepas melentikkan bulu mata dengan pelentik dari Shu Uemura.

Langkah 5 : Bulu Kening

 

Bulu kening yang dibentuk rapi memberikan efek yang menawan pada keseluruhan wajah. Benefit Cosmetics Foolproof Brow Powder adalah produk yang boleh membantu mendapatkan bentuk bulu kening yang penuh dan kelihatan semulajadi tanpa perlu bersusah payah.

Langkah 6 : Bibir

 

Akhiri solekan dengan menyapu gincu bibir seperti of ILIA Lipstick atau Bobbi Brown Lip Gloss. Warna pic atau pink pucat adalah warna paling menarik untuk pemakaian harian. Jika anda masih mencari warna paling sesuai untuk kulit anda, cuba teori yang telah dibuktikan oleh sains ini.

5 Cara Meringkaskan Rutin Solekan Anda

 

  1. Rutin memakai “mask” pada wajah setiap minggu boleh membantu kulit muka anda kekal bersih dan sekata. Ini bermakna anda boleh menjimatkan masa solekan tanpa perlu menggunakan banyak produk primer dan bedak asas. Cuba Edible Beauty Bloom of Youth Infusion Maskuntuk kesegaran, Aesop Chamomile Concentrate Anti-Blemish Masque untuk mengawal jerawat atau Herbivore Botanicals Brighten – Pineapple Enzyme + Gemstone Instant Glow Mask yang mengelupas secara halus dan mencerahkan kulit.

 

  1. Gunakan krim mata yang berkesan dan berbaloi. La prairie Skin Caviar Luxe Eye Lift Cream menghilangkan kesan sembab dan gelap pada kawasan mata. Dengan penggunaan yang berpanjangan, anda tidak perlukan concealer di bahagian mata .

 

  1. Rawatan pembentukan dan pewarnaan bulu kening boleh membantu menetapkan bentuk bulu kening, jadi anda tidak perlu risau untuk membentuknya setiap kali anda bersolek.

  

  1. Penggunaan palet warna seperti Urban Decay Nakeddan RMS Beauty Signature Set bukan sahaja mudah, tetapi juga membantu anda memilih warna bersesuaian tanpa perlu berfikir terlalu lama.

 

  1. Kosmetik pelbagai fungsi seperti RMS Beauty “Un” Cover Up(concealer dan bedak asas ringan), atau Vapour Aura Multi Use Stain (pewarna mata, pipi dan bibir) juga menjimatkan masa anda ketika bersolek.

 


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Ditulis oleh: Alena Couzet

Alena Couzet ialah seorang peminum kopi tegar, pencinta Ewok yang sukakan keindahan pantai dan ibu kepada 2 cahayamata. Pernah menjadi seorang pegawai pemasaran, beliau kini tinggal di Queensland, Australia sebagai surirumah sepenuh masa, dan sedang cuba mencapai keseimbangan antara kehidupan yang lebih lestari dan mesra alam dengan kecintaannya terhadap liburan, makanan dan membeli-belah ‘online’. 

Terjemahan oleh : Ayuni A.

Scroll to Top