Tentang Bayangkanlah

Melalui perjalanan karakter-karakter yang pelbagai, lakaran ilustrasi yang memikat hati, serta bacaan berirama yang mengasyikkan; buku ini mempersembahkan aneka senario yang menyentuh topik-topik penting tentang keselamatan diri dan batasan peribadi melalui sebuah persoalan utama: “Bayangkanlah…”

Buku ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak melindungi dan memupuk rasa tanggungjawab dalam mempertahankan tubuh badan mereka dengan meneroka kemahiran mandiri seperti meletakkan batas ruang peribadi, memahami dan meraikan emosi, dan mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat.

Panduan perbincangan tentang keselamatan diri yang menyeluruh turut disediakan untuk membantu para ibu bapa dan pendidik memulakan perbualan penting ini bersama anak-anak.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 8 tahun.

Baca ulasan buku kami di sini: Options The Edge, The Vibes, The Malaysian Reserve, Free Malaysia Today, Sinar Daily dan Kosmo!

Ditulis oleh

Kimberly Lee adalah seorang peguam, Pengarang Urusan makchic dan ibu kepada dua anak lelaki. Beliau penulis buku ‘Boys Don’t Fry’ (Macmillian US, 2023) dan percaya yang setiap kanak-kanak ada hak untuk bersuara. Beliau boleh dihubungi di www.kimberlyleebooks.com

Liyana Taff suka berkongsi tentang buku-buku dan percaya ia satu cara untuk memulakan perbualan yang menarik. Beliau Pengarah Projek Khas makchic dan ibu kepada empat cahaya mata. Mereka menggambarkan beliau sebagai seorang ibu yang “manis, ramah dan garang.”

Ilustrasi Oleh

Delia Razak adalah seorang ilustrator dan pereka bentuk visual yang suka melibatkan diri dalam projek-projek bernaratif menarik. Beliau seorang yang menyokong pemerkasaan hak kanak-kanak dan berasa seni lukisan mampu mempermudahkan penjelasan topik-topik yang berat. Beliau boleh dihubungi di www.deliarazak.com

Senarai Stokis

1. Lazada

2. Shopee

2. Shopee

3. Baba baa

4. Biblio Paper Boy

5. Iman Shoppe

6. Best Book Club for Kids

7. The Children’s Bookstore

1. APOM!
https://apom.my

Bangsar Village
F3C, Level 1 Bangsar Village 1, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur

KLCC
Lot 257, Level 2 (Food Court Level), Suria KLCC, 50088, Kuala Lumpur

2. Cziplee
https://www.cziplee.com

Bangsar
1 & 3 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur
Tel: +603-2287 0699

Kajang
53-56 Jalan Tun Abdul Aziz, 43000, Kajang, Selangor
Tel: +603 8737 0699

3. Lit Books
https://litbooks.com.my

P-1-11 Tropicana Avenue, 12, Persiaran Tropicana, 47410, Petaling Jaya, Selangor

Pod in the Hood
https://shop.podinthehood.com

Unit 6, Ground Floor, WEIL Hotel, 292 Jalan Sultan Idris Shah, 30000, Ipoh
Tel: +6019 2202 883

Cziplee

Village Grocer, C1, Lot At-2, Lower Ground Floor, The Mall, Mid Valley Southkey,
No. 1, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor.

Customer Careline: +6012 289 3767

Yichieh
yichieh.wong@gmail.com

dBookHaus
The Mall Gadong, Bandar Seri Begawan, Brunei, BE3519
Instagram

1. Little Lit Kid
https://www.littlelitkid.com

littlelitkid.sg@gmail.com
Instagram

2. Natventure Books
https://natventurebooks.com
Instagram

3. Ungu Pen
https://ungupen.com
Instagram

Scroll to Top