Pemenang Peraduan Hari Ibu #MakchicAndMe2019 !

Mengumumkan pemenang Peraduan Hari Ibu #MakchicAndMe 2019!

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi menyertai peraduan kami dan membantu kami menjadikannya satu realiti! Kami sangat seronok melihat gambar-gambar kesemua penyertaan dan membaca nasihat-nasihat dari mama (atau figura ibu) masing-masing!

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

Kami sukakan tulisan Zulaikha yang menyokong para ibu untuk terus tabah dan bersemangat dalam meneruskan tanggungjawab seharian.Dia berterimakasih kepada ibunya sendiri yang telah melakukan perkara yang sama untuknya. Pesanan ibunya “Tiada jalan yang tetap untuk menjadi ibubapa yang baik, kita hanya perlu terus-menerus lakukannya sebaik mungkin”

Amila berterimakasih kepada ibunya kerana memberinya keyakinan untuk berdiri sendiri dan terus kuat. Pesanan ibunya : “Kita tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk terus hidup”. Kami kagum akan keyakinannya untuk melakukan apa yang perlu, walaupun adakalanya perancangannya gagal.

“Kewarasan berfikir itu penting” – itulah pesanan ibunya yang sentiasa diingati oleh Angel ketika dia diduga dengan kesukaran menjadi seorang ibu. Oleh itu dia sentiasa mengingati bahawa apa yang berkesan untuk orang lain tidak semestinya berkesan, sesuai atau boleh dicapai untuk dirinya. Angel juga menamakan ibunya sendiri untuk memenangi goody bag kami, sweet kan?

Mama yang memenangi goody bag kami adalah:

@faaajan @eja.ibrahim @iekakhuzaini @nurulainz90 @honeychmm @suemazingg

Tahniah kepada semua pemenang!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja hadiah kami yang hebat dan sentiasa menyokong kami:

Teruskan mengikuti kami di @makchicsuri dan @makchic untuk pelbagai lagi peraduan menarik dan pengisian yang berguna untuk mama papa semua 🙂

 

Scroll to Top