Rata-rata pereka fesyen lokal dan butik talian seperti FashionValet dan Zalora sudah mengeluarkan koleksi Raya 2019 mereka. Kami memang selalu menantikan trend baju raya yang akan ditonjolkan setiap tahun. Dari pemerhatian saya, saban tahun evolusi fesyen di Malaysia semakin kreatif menggabungkan elemen-elemen daripada pelbagai budaya dunia.
Dalam artikel kali ini, saya tumpukan kepada gaya fesyen Raya untuk ibu dan anak perempuan kesayangan. Cita rasa kita semua mungkin berbeza, jadi berikut saya kongsikan beberapa pilihan jenama baju raya yang pasti menjadikan anda tampil bergaya pada Hari Raya.
Untuk Si Ibu Feminin & Eksklusif
Jika anda ingin bergaya seperti ratu, anda akan lebih menonjol di hari lebaran dengan busana elegan dan ekslusif. Anda tidak mungkin salah jika memilih salah satu jenama di atas. Koleksi serba mewah mereka tidak akan mengecewakan. Pasti ramai memuji keanggunan busana yang anda gayakan.
Jenama : InnaiRed
Instagram : @innaigroup
Laman Web : innaired.com
Kredit foto: @innaigroup di Instagram
Jenama : NH BY NURITA HARITH
Instagram : @nh_by_nuritaharith
Laman Web : nuritaharith.com | Zalora
Kredit foto: @nhbynuritaharith di Instagram
Untuk Si Ibu Moden / Kontemporari
Dalam keadaan fesyen semasa yang berubah-ubah, kita dapat melihat ramai wanita juga suka pakai sesuatu yang sentiasa segar mengikut rentak semasa. Begitu juga menerusi pakaian bercorak tradisional, dua jenama ini bijak menyelitkan rekaan baju raya mereka dengan unsur terkini yang moden. Rekaan baju kurung moden dengan kemasan frill & ruffles menghasilkan gaya yang mampu membuatkan sesiapa saja tampak menarik.
Jenama : Alia B
Instagram : @aliabrtw
Laman Web : aliabastamam.com | FashionValet
Kredit foto: @aliabrtw di Instagram
Jenama : ARARED
Instagram : @araredofficial
Laman Web : FashionValet
Kredit foto: @araredofficial di Instagram
Untuk Si Ibu Bold / Edgy
Ini pastinya gaya yang kami ingin cuba untuk Raya tahun ini. Menarik sekali gaya-gaya yang ditampilkan, sama ada rekaan lain daripada yang lain atau fabrik prints and patterns yang sarat corak seperti floral dan geometri. Ayuh ekspresikan diri anda yang sentiasa berbeza dan jangan malu selagi ada ruang untuk bereksperimen.
Jenama : Petra
Instagram : @petra.rtw
Laman Web : petrartw.com | Zalora
Kredit foto: @petra.rtw di Instagram
Jenama : Rico Rinaldi
Instagram : @ricorinaldi
Laman Web : ricorinaldi.com
Kredit foto: @ricorinaldi di Instagram
Untuk Si Ibu Ringkas & Minimalis
Siluet minima dengan bercorak ringkas dari dua jenama ini mampu menawan hati para wanita terutamanya yang gemarkan gaya yang tidak ditelan masa. Busana seperti ini mampu memberi keselesaan kepada si pemakai dari siang ke malam, sesuai dipakai untuk semua jenis acara/majlis.
Jenama : aere
Instagram : @aere
Laman Web : FashionValet
Kredit foto: @aere di Instagram
Jenama : LILIT.
Instagram : @lilit_woman
Laman Web : FashionValet
Kredit foto: @lilit_woman di Instagram
Untuk Si Puteri Glamor
Koleksi raya BBD tahun ini mengetengahkan kombinasi fabrik satin lembut, sequins dan organza – it screams “Oh, pretty Princess!” Hadiahkan baju kurung dari BBD buat anak perempuan anda. Mereka pasti tidak sabar menunggu Hari Raya untuk berhias dan berdandan sama cantik dengan orang dewasa.
Jenama: BBD™ (Belle Babies Design)
Instagram : @bbd_bellebabiesdesign
Laman Web : www.bbd.com.my
Kredit foto: @bbd_bellebabiesdesign di Instagram
Untuk Si Cilik Simple-and-Sweet
Jika anak anda menunjukkan sifat minimalis dalam pilihan pemakaian, anda boleh meneroka koleksi Raya 2019 dari Petit Moi. Sejak ditubuhkan pada 2016, rekaan desain Petit Moi berlandaskan konsep “a touch of the Parisian vibes and refined simplicity”. Tidak dinafikan koleksi Eid’19 yang mereka tampilkan tampak manis dan selesa.
Jenama : Petit Moi
Instagram : @petitmoi.my
Laman Web : petitmoi-shop.com
Kredit foto: @petitmoi.my di Instagram
Sama ada sedondon tema satu keluarga atau masing-masing dengan gaya tersendiri, belilah yang selesa untuk dipakai dan penuh bergaya mengikut kemampuan dan cita rasa anda. Pastikan anda sekeluarga kelihatan cantik ketika bergambar agar boleh disimpan buat kenangan. Ah tak sabar rasanya untuk “Like” dan “double tap” gambar raya rakan-rakan, sanak saudara dan selebriti di media sosial nanti!