Jadual harian ibu kadangkala dipenuhi dengan terlalu banyak perkara, sehingga tidak sempat menyelitkan masa untuk memanjakan diri. “Kan senang kalau ada khidmat kecantikan yang boleh datang ke rumah?” bisik hati ibu.
Anda tanya, kami jawab!
Di sini kami kongsikan kompilasi khidmat kecantikan bergerak yang boleh anda hubungi untuk pelbagai rawatan kecantikan.
Apa lagi, cepat aturkan temujanji hari ini.
1) Nails On Wheels
Seiring dengan namanya, servis ini memberikan khidmat merias kuku kaki dan tangan yang anda perlukan, terus dari ruang tamu anda.
Kepakaran: Manicure dan pedicure
Harga : Bermula dari RM80 (harga pakej juga boleh didapati)
Laman web: https://nailsonwheels.com.my/
Email: nailsonwheels.my@gmail.com
Telefon: +6012.689.9293
2) Javanese Heritage Spa
Impikan pengalaman spa di rumah, lengkap dengan haruman indah dan kelengkapan spa penuh? Javanese Heritage Spa ada jawapannya. Anda juga boleh membuat tempahan melalui sistem tempahan online yang sangat mudah digunakan, bila-bila masa sahaja.
Kepakaran: Urutan Bali
Harga: RM130 – RM170
Laman web: http://www.javaheritagespa.com/
Hubungi: http://www.javaheritagespa.com/booking/
3) Lisda Home Spa
Jika rawatan tradisional Melayu menjadi pilihan anda, Lisda Home Spa ada memberikan pelbagai pakej rawatan urut tradisional di rumah, termasuk berbekam, bertangas dan spa untuk ibu berpantang.
Kepakaran: Urutan Melayu tradisional
Harga: RM25 – RM499
Laman web: https://lisdahomespakl.com/
Hubungi: +60 13-681 1071 (WhatsApp)
4) Hairkunsthaus
Rambut adalah mahkota setiap wanita, jadi jangan lupa berikan belaian dan rawatan yang sewajarnya. Hanya dengan satu panggilan, pakar rambut di Hairkunsthaus akan berada di depan pintu rumah anda.
Kepakaran: Rawatan rambut
Harga: Bergantung kepada rawatan
Laman web: https://www.facebook.com/Hairkunsthaus/
Hubungi: Dial for Style 03-77105585
5) FootLoose Mobile Spa
Jangan biarkan keletihan terserlah di wajahmu. Ambil sedikit masa untuk rileks dengan bantuan FootLoose Mobile Spa, melalui pelbagai pakej rawatan kecantikan wajah. Mereka juga ada menawarkan khidmat “spa party” untuk para ibu.
Kepakaran: Rawatan kecantikan wajah dan urutan
Harga: RM140 – RM160
Laman web: www.footlooseathome.com
Hubungi: 017-655 3139
6) Tatu Henna (Inai)
Selain dari manicure dan pedicure, anda juga boleh merias diri dengan melukis tatu inai yang kreatif. Pilih inspirasi dari Morocco, India atau kontemporari seperti rekaan motif “tribal”.
Kepakaran: Tatu henna (inai)
Harga: RM270 onwards
Laman web: http://bodyarts-zen.blogspot.my/
Hubungi: http://bodyarts-zen.blogspot.my/
7) The Brazilian Wax Co
Rasa rimas boleh melanda jika bulu roma yang tidak dikehendaki tidak terjaga dengan rapi. The Brazilian Wax Co memberikan rawatan pembuangan bulu roma di rumah anda sendiri, tanpa perlu bersusah payah bersiap dan memandu ke salon. Ada juga pakej istimewa untuk ibu mengandung.
Kepakaran: Pembuangan bulu roma menggunakan kaedah “waxing”
Harga: RM29 – RM199
Laman web: http://brazilianwax.com.my/
Telefon: 012 277 0909
Email: bookings@brazilianwax.com.my
8) Beauty At Your Doorstep
Ada temujanji istimewa dengan suami, atau perlu hadiri majlis perkahwinan atau keraian? Jika anda tidak yakin dengan teknik menyolek diri anda sendiri, atau mungkin mahu diri tampil lebih berlainan, Beauty at Your Doorstep boleh membantu anda bersiap di rumah. Selain khidmat solekan, mereka juga menawarkan khidmat merias kuku dan melukis inai.
Kepakaran: Khidmat kecantikan pelbagai
Harga : Bergantung kepada servis
Laman web: https://www.facebook.com/Beauty-At-Your-Doorstep-272491949456270/
Telefon: 017 311 3972
Emel: beautyatyourdoorstep@hotmail.my/ julia_dsilva@hotmail.com
9) Effortless
Kini anda tidak perlu bimbang dengan bentuk bulu kening dan bulu mata tidak sekata. Pakar kecantikan di Effortless boleh hadir ke rumah anda untuk memberikan servis membentuk bulu kening, bulu mata dan bibir yang paling sesuai untuk anda. Mereka juga menawarkan khidmat susulan selama 14-30 hari jika anda tidak puashati dengan hasilnya.
Kepakaran: Membentuk bulu kening, bulu mata dan bibir
Price range: RM168 – RM580
Laman web: https://www.effortless.com.my/collections/eyebrow-eyelash
Tempahan: https://www.effortless.com.my/apps/book-an-appointment/appointments/new
10) Pro MakeUp Artist Malaysia
Perlukan khidmat solekan untuk menyerlahkan penampilan anda di hari istimewa? Atau mungkin ada sessi penggambaran bersama keluarga tersayang? Pro MakeUp Artist Malaysia menawarkan khidmat solekan, rias rambut dan rias kuku profesional di rumah anda sendiri.
Kepakaran : Solekan dan fotografi
Harga: Rujuk laman web
Laman web: http://www.promakeupartistmalaysia.com/
Hubungi: http://www.promakeupartistmalaysia.com/book-us/
Anda tahu sebarang khidmat kecantikan bergerak yang boleh disenaraikan di sini? Atau anda sendiri ada menawarkan khidmat ini?
Maklumkan pada kami di makchic@popdigital.my !
Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
Ditulis oleh: Anne Aeria
Setiap minggu, Anne Aeria pernah sibuk bekerja dari pagi ke petang, sehingga dia melahirkan seorang “bos” baru bernama Isa Alexander Ruffin. Kini dia seorang penulis bebas dan jurulatih NirvanaFitness, dan hari-harinya dipenuhi dengan melayani kerenah anak kecil kesayangannya.
Terjemahan oleh : Ayuni A.