Bersukan adalah sangat bermanfaat untuk anak-anak. Ia membantu mereka belajar berdisiplin dan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, serta mengajar mereka bekerjasama dengan rakan-rakan. Selain itu, bersukan juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan erti kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat. Ia memberikan ruang untuk belajar menghadapi stress dan kerisauan.
Jika anda sedang mencari kelab sukan untuk anak anda, kami ada beberapa cadangan untuk kelab sukan sekitar Lembah Klang:
Bola Sepak
Little Kickers
Little Kickers Malaysia adalah sebuah francais global merangkumi 300 pusat di 32 negara. Kelab ini memberi fokus kepada membina rasa cinta kepada permainan bola sepak di dalam diri anak-anak kecil. Program mereka bermula seawal umur 18 bulan, (dengan penyertaan ibubapa). Kemahiran akan mula dikuasai seawal umur 7 tahun dan anak-anak akan belajar peraturan asas bolasepak.
Alamat: 3, Jalan Terasek 3, Bangsar, 59000, Kuala Lumpur
Hubungi: +60 17 94000125
Little League Soccer
Little League Soccer bermula sejak tahun 1999 dan telah melatih lebih 1500 pemain berumur dari 4 hingga 15 tahun di 4 pusat latihan setiap minggu. Para pemain akan diajar oleh pelatih professional dari luar negara melalui latihan asas setiap minggu. Jika anak anda berbakat, mereka boleh memilih untuk bermain dengan lebih serius dan pergi ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat elit FC KL programme dan bermain di arena bolasepak muda terbesar Malaysia.
Alamat: 4 lokasi di Bandar Utama, Melawati, Universiti Malaya dan Setia Alam
Hubungi: +60 12 3533029 atau mark@littleleague.my / shazwan@littleleague.my
Kuala Lumpur Youth Soccer
Kuala Lumpur Youth Soccer adalah sebuah organisasi yang dioperasi oleh sukarelawan yang memberikan latihan kepada pemain berumur 8 hingga 16 tahun, 3 kali setiap minggu. Jika anak anda berminat untuk bermain di dalam arena “competitive”, ini adalah pusat latihan yang boleh membantunya mencapai potensi. Ketua Pelatih dan Pengurus Kelab ini adalah seorang bekas permain Argentina profesional, Luis Pablo Pozzuto. Beliau dan para pelatih berpengalaman telah muncul sebagai juara di dalam beberapa pertandingan antarabangsa, seperti SEA Cup dan ESPN-Disney Cup.
Alamat: 65, Lorong Damai 5, Kg Datuk Keramat, 55000, Kuala Lumpur
Hubungi: klysoccer@gmail.com
Ragbi
KL Saracens
KL Saracens adalah sebuah organisasi global yang bermula sejak 2013 dan mempunyai 8 kelab di bandar-bandar seluruh dunia seperti Moscow, Abu Dhabi dan Nairobi. Mereka percaya ragbi adalah untuk semua, dan latihan mereka adalah percuma setiap minggu! Anak-anak berumur 5 tahun ke atas dijemput menyertai latihan setiap Ahad pada pukul 9-11 pagi di UPM Serdang.
Jika pemain mahu menambah stamina dan kemahiran, ada juga beberapa sesi latihan setiap Rabu petang, dari pukul 7-9 malam di Ampang. Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun hanya dibenarkan bermain “touch rugby”yang lebih selamat tanpa terlalu banyak kontak badan dan “tackling”.
Alamat: 2 lokasi di Universiti Putra Malaysia dan ISKL Campus
Hubungi: +60 12 2976924 atau mazuricorb@gmail.com
Combined Old Boys Rugby Association (COBRA) Cobrats Rugby
Ditubuhkan pada tahun 1967, COBRA Rugby Club memainkan peranan penting di dalam menghasilkan pemain ragbi “competitive” dari Malaysia. Pada tahun 2011, mereka telah berjaya menghantar 7 orang wakil di dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Cobra mempunyai lebih 200 ahli yang bermain secara aktif dalam 6 pasukan. Kanak-kanak berpeluang belajar bermain ragbi melalui program “Cobrats” yang dibuka kepada anak berumur 5-16 tahun. Latihan diadakan setiap hari Ahad di Padang Astaka, Petaling Jaya, 3-6 petang.
Alamat: 7, Lorong Utara B, Jalan Utara, 46200, Petaling Jaya, Selangor (dan Penang)
Hubungi: +60 3 79574045 atau admin@cobrarugby.com
Tennis
Duta International Tennis Academy
Duta International Tennis Academy diketuai oleh V. Selvam, bekas pemain kebangsaan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam sukan tenis. Pemain muda di bawah 10 tahun akan menjalani latihan ITF Tennis10 yang menggunakan bola dan gelanggang yang lebih kecil. Untuk mereka yang lebih serius, program Elites dan High Performance dicipta khusus untuk peringkat pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Latihan ini lebih intensif dan mengandungi aspek teknikal dan taktikal yang sejajar dengan latihan Nick Bollettieri.
Alamat: Gelanggang Tenis KSN, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480, Kuala Lumpur
Hubungi: +60 12 2460609/ +60 12 2522889
Tennis Town
Tennis Town bermula sebagai satu kem tenis pada tahun 2009 yang beroperasi di 4 lokasi sekitar Lembah Klang. Akademi Tennis Town ini menggunakan pendekatan Tennis10 di dalam program popular mereka, Mini Tennis. Pelopor dan Ketua Jurulatih, Hazli Zainuddin memberikan fokus kepada menghasilkan pemain berbakat di peringkat “grassroots” dengan kerap mengadakan pertandingan dengan kelab yang lain.
Alamat: 4 lokasi di Universiti Malaya, National Tennis Court, TPC KL dan British International School KL
Hubungi: +60 3 62014059/ +60 12 6253630 atau hsportstown@gmail.com
Gimnastik
Total Gym Club
Total Gym Club menawarkan program latihan untuk peminat gimnastik dari umur 18 bulan dengan lokasi di sekitar Lembah Klang. Kelab ini ditubuhkan oleh para pelopor sukan gimnastik di Malaysia, dan ia menawarkan latihan untuk pelbagai disiplin gimnastik, termasuk gimnastik estetik. Gimnastik mungkin masih baru di Asia, namun anak yang berminat boleh menyertai kelab ini untuk bermain di dalam pasukan. Ahli kelab ini telah mewakili Malaysia di IFAGG World Championships di Budapest pada tahun 2018.
Alamat: 3 lokasi di Dataran Prima, Sri KL dan Forum 19, Petaling Jaya
Hubungi: +60 3 78065285/ +60 12 2890105 atau totalgymalaysia@gmail.com
Carolyn’s School of Rhythmic Gymnastics (CSRG)
CSRG ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Carolyn Au Yong, atlit gimnastik kebangsaan dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998. Sekolah ini dibuka kepada ahli semuda 4 tahun, dan memberi fokus kepada peluang bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. CSRG juga berkait rapat dengan Malaysian Gymnastics Federation (MGF) dan Selangor Amateur Gymnastics Association. Ia sudah menghasilkan atlit gimnastik yang berpotensi besar dan sedang berlatih di dalam pasukan gimnastik kebangsaan.
Alamat: Central Park Sports Center, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya
Hubungi: +60 16 9327595
Swimming
Supersharkz Swim School
Supersharkz Swim School diasaskan pada tahun 2006 oleh atlit Olimpik dan kebangsaan Mark & Marilyn Chua. Sekolah ini mengajar lebih dari cara berenang asas dan juga menawarkan peluang berlatih untuk peringkat pertandingan. Struktur pembelajarannya disusun rapi dan setiap ahli boleh mengetahui keupayaan masing-masing berdasarkan program. Sekolah ini juga sesuai untuk anak yang berminat dengan renang berirama atau artistik!
Alamat: 3 lokasi di Shah Alam, Puchong dan Kota Damansara
Hubungi: +60 3 55261513 atau info@supersharkz.com
D Swim Academy
D Swim Academy telah dinobatkan sebagai pemenang Reader’s Choice Awards 2017 dalam kategori Best Swim School dan Best Toddler Swimming Program. Ia juga adalah akademi renang terbesar di Malaysia, dan satu-satunya pusat renang yang diiktiraf sebagai pusat renang Gold Level AUSTSWIM di negara ini. Terdapat banyak jenis program untuk bayi seawal 6 bulan hinggalah untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ada juga program untuk sukan polo air! Akademi ini berkait dengan Persatuan Renang Amatur KL atau PRA KL di mana latihan khusus dan sesi renang kerap diadakan untuk mereka yang mahu bertanding.
Alamat: 6 lokasi di Bukit Jalil, Kampung Pandan, Shah Alam, Bandar Utama, Setia Alam dan Semenyih
Hubungi: 1300 222372 atau info@dswimacademy.com
Kelas renang untuk bayi dan kanak-kanak yang lain ada juga di sini.
Badminton
Nusa Mahsuri
Nusa Mahsuri Badminton Club adalah kelab badminton pertama ditubuhkan di Malaysia dan telah melatih pemain semenjak tahun 1997. Kehadiran adik-beradik Sidek sebagai penasihat dan pelatih di dalam kelab ini telah menarik minat ramai pemain dari seluruh dunia. Jika ini menjadi minat anak anda, daftarkan mereka di dalam latihan mingguan yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 10-12 tengahari. Latihan Badminton Excellent Sports Talent (BEST) juga ada untuk mereka yang mahu bermain secara serius dan menyertai pertandingan,
Alamat: Kompleks Sukan Kelana Jaya, Jalan Stadium, SS 7/15, 47301, Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: nusamahsuri_club@yahoo.com
Michael’s Badminton Academy
Kelab Michael’s Badminton Academy atau MBA komited dalam menghasilkan pemain yang serba boleh, atau “Champions for Life” melalui program badminton mereka. Anak yang berminat untuk bermain secara santai boleh menyertai program Smash & Sweat, manakala yang berminat untuk bermain di peringkat competitive boleh mencuba kursus 3 peringkat MBA Junior Development Program. Terdapat juga MBA School Holiday Camp pada waktu cuti persekolahan.
Alamat: 3 lokasi di Bukit Puchong, Bukit Utama dan Port Dickson
Hubungi: +60 12 9698101 atau info@mba101badminton.com
Sukan lain
Leverage Brazilian Jiu-Jitsu
Brazilian Jiu-Jitsu atau BJJ adalah sebuah seni mempertahankan diri yang mengajar orang yang bersaiz kecil melindungi diri dari orang yang lebih besar. Jadi, program BJJ Kids di Leverage memberi fokus kepada cara mempertahankan diri dan dinamakan program “BullyProof”. Ia terbuka kepada anak berumur 4-14 tahun dan latihan diadakan setiap hari Ahad dari pukul 10 – 11 pagi.
Alamat: 17, Lorong Datuk 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur
Hubungi: +60 17 3172127 atau aaron.jiujitsu@gmail.com
Movimento Simples de Capoeira Malaysia
Pelatih utama di Movimento Simples de Capoeira Malaysia (MSCM), Rafael Rosario telah mengajar capoiera di Malaysia sejak tahun 2004. Seni mempertahankan diri ini melibatkan pergerakan mengikut irama muzik dan boleh dipelajari oleh kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
Alamat: B3-2 Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50480, Kuala Lumpur
Hubungi: +60 12 2713983 atau hello@movimento.my
Blade Fencing Kuala Lumpur
Sukan lawan pedang boleh membentuk kekuatan mental, koordinasi dan semangat bermain secara adil. Blade Fencing ditubuhkan pada tahun 2013 dan adalah sebuah kelab terbesar di Malaysia. Ia diterajui oleh para pemain lawan pedang kebangsaan yang berpengalaman bermain di peringkat antarabangsa.
Alamat: S02, S03, S04, 2nd Floor, Centrepoint Bandar Utama, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya
Hubungi: +60 12 4208090 atau Bladeclubklhp@gmail.com
MST Golf Academy
MST Golf Academy beroperasi di TPC KL Golf Club dan adalah salah satu kelab golf terbaik di Asia Tenggara. Program intensifnya telah melahirkan 6 juara dunia muda. Program Junior Player Development dibahagikan kepada 9 peringkat progresif dan setiap pemain perlu melalui ujian kemahiran sebelum mara ke peringkat seterusnya. Penyertaan dibuka kepada anak berumur 6-14 tahun dan dilatih oleh pelatih profesional yang diiktiraf oleh Professional Golf Teachers Association of America (PGTAA).
Alamat: TPC KL, 10, Jalan 1/70D, Jalan Bukit Kiara, 60000, Kuala Lumpur
Hubungi: +60 3 20111992
Senarai ini tidak lengkap sepenuhnya dan tertakluk kepada perubahan. Ibubapa dinasihatkan untuk menghubungi kelab untuk informasi lanjut. Emel kami di makchic@popdigital.my jika anda ada sebarang kelab sukan yang boleh kami senaraikan di sini!
Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
Ditulis oleh: Najmin Tajudin
Terjemahan oleh : Ayuni A.