Tahukah anda, aktiviti bersukan amat bermanfaat untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak, di samping menjadi aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang? Sebagai ibubapa, cuba pupuk minat anak-anak dalam bidang sukan dengan menghantar mereka ke kelas sukan kanak-kanak yang bersesuaian dengan minat mereka.
Kelas-kelas ini juga berpotensi mengasah bakat mereka dalam aktiviti sukan itu sejak dari usia yang muda. Mana tahu satu hari nanti mereka menjadi atlit Malaysia yang boleh dibanggakan?
Di sini, kami senaraikan lima aktiviti sukan yang mungkin sesuai untuk si cilik anda.
1. Archers Studio
Aktiviti memanah merupakan satu aktiviti yang seringkali diceburi oleh orang dewasa. Walaubagaimanapun, kini terdapat banyak pusat-pusat memanah yang menawarkan kelas memanah khas untuk kanak-kanak. Di Archers Studio, ibu bapa boleh mula menghantar anak-anak ke kelas memanah seawal usia tujuh tahun lagi. Mereka percaya bahawa aktiviti ini berpotensi untuk meningkatkan fokus dan fleksibiti anak-anak anda.

Alamat: Archers Studio
No 27-2, Jalan 3/76D, Desa Pandan,
55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: 017-8882665
Laman Web: http://www.facebook.com/pg/archsstudio
2. The Little Gym Malaysia
Pusat gimnastik yang bercawangan di Sri Hartamas, Ampang, Petaling Jaya dan Subang Jaya ini menawarkan program gimnastik prasekolah untuk anak-anak seawal usia tiga tahun! Pusat ini juga sesuai sekiranya ada ibu bapa di luar sana yang ingin mendedahkan anak-anak mereka dengan aktiviti tarian dan juga seni mempertahankan diri seperti karate.

Alamat: The Little Gym of Sri Hartamas
P-18, Plaza Ground Floor,
Hartamas Shopping Centre,
Jalan Sri Hartamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-6211 9233
Laman Web: https://www.thelittlegym.com.my/
3. Federal Academy of Ballet (FAB)
Untuk ibu bapa yang sedang mencari aktiviti artistik seperti tarian dan muzik untuk mengisi waktu lapang anak-anak anda, anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di akademi ini. Akademi yang mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang ini bukan sahaja menawarkan kelas tarian balet klasik, malah kelas tarian moden, jazz, tarian tradisional Melayu dan Cina dan banyak lagi. Akademi ini juga sesuai untuk anak-anak yang ingin cuba berminat untuk belajar piano atau alat-alat muzik yang lain.

Alamat: Federal Academy of Ballet (FAB)
Bangunan FAB
1-3, Jalan 14/22, 46100 Petaling Jaya,
Selangor.
Telefon: 03-79573413
E-mel: enquiries@fab.net.my
Laman Web: http://www.fab.net.my/
4. Little League Soccer Malaysia
Ini khas untuk anak-anak anda yang mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak! Little League Soccer menerima pelajar bemula dari usia empat hingga 16 tahun. Pusat ini bukan sahaja menawarkan sesi kelas hujung minggu, tetapi turut menganjurkan kem bola sepak musim cuti dan skim bola sepak korporat untuk hero kecil anda. Anda juga boleh melayari artikel Goal! Football Classes for Kids in the Klang Valley untuk pilihan pusat bola sepak yang lebih banyak.

Alamat: Little League Soccer Sdn Bhd
L5-13, Wisma BU8,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 012-3533029
E-mel: mark@littleleague.my
Laman Web: https://www.littleleague.my/
5. Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC)
Ramai yang berpendapat bahawa aktiviti menunggang kuda atau turut dikenali sebagai ekuestrian ini merupakan satu aktiviti yang berkos tinggi. Realitinya, terdapat pusat atau kelab menunggang kuda yang menawarkan kelas menunggang kuda untuk anak-anak pada harga yang berpatutan. Salah satu kelab itu ialah Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC). Kelab ini turut menawarkan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti memanah dan juga chalet untuk anda bercuti dengan anak-anak anda.

Alamat: Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC)
No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16,
Denai Alam, 40160, Selangor
Telefon: 03-78315561
E-mel: info@darchorse.com.my
Laman Web: http://darchorse.com.my/