[vc_row][vc_column][vc_column_text el_class=”ch1″]

Meneruskan Perbincangan

[/vc_column_text][vc_column_text el_class=”ch2″]

Sumber-sumber ini dicipta untuk melengkapkan maklumat yang ada di dalam Panduan Perbincangan buku Bayangkanlah

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row full_width=”stretch_row_content_no_spaces” equal_height=”yes”][vc_column width=”1/4″][/vc_column][vc_column width=”1/4″][vc_btn title=”Senario Latihan” shape=”square” color=”pink” size=”lg” align=”center” button_block=”true” link=”url:%23practice”][vc_btn title=”Aktiviti” shape=”square” color=”orange” size=”lg” align=”center” button_block=”true” link=”url:%23activities”][vc_btn title=”Kertas Aktiviti” shape=”square” color=”primary” size=”lg” align=”center” button_block=”true” link=”url:%23activity_sheet”][/vc_column][vc_column width=”1/4″][vc_btn title=”Sumber Tambahan” shape=”square” color=”success” size=”lg” align=”center” button_block=”true” link=”url:%23resources”][vc_btn title=”Direktori” shape=”square” color=”sandy-brown” size=”lg” align=”center” button_block=”true” link=”url:%23directories”][/vc_column][vc_column width=”1/4″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text el_id=”practice” el_class=”practice”]

Bayangkanlah senario-senario berlainan


[/vc_column_text][vc_column_text]Buku makchic adalah pengenalan bagi konsep ‘Bayangkan’ (“What If”). Ibu bapa, penjaga atau pendidik boleh memberi beberapa senario kepada kanak-kanak dan bincangkan apa reaksi yang mungkin diberi serta tindakan positif yang boleh diambil oleh kanak-kanak itu. Latihan ini memupuk pemikiran untuk menyelesaikan masalah, dan mengukuhkan kefahaman kanak-kanak itu tentang prinsip keselamatan tubuh badan, jika kejadian sebegitu berlaku di masa hadapan. 

Contoh-contoh senario (yang tidak termasuk di dalam buku tersebut) termasuk:

  • BAYANGKAN seseorang itu mengajak kamu menumpang kenderaannya untuk dihantar balik ke rumah kamu?
  • BAYANGKAN seseorang itu meminta kamu menunjukkannya pusat badan kamu?
  • BAYANGKAN kamu terlihat seseorang itu membuli orang lain?
  • BAYANGKAN seseorang itu mengambil mainan kamu tanpa meminta kebenaran?

 

Petikan dari Panduan Perbincangan ‘Bayangkanlah’

[/vc_column_text][vc_single_image image=”2161″ img_size=”717×461″ alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

 Aktiviti


[/vc_column_text][vc_column_text]

Klik butang ungu untuk bacaan lanjut

[/vc_column_text][vc_tta_tabs style=”flat” color=”violet” spacing=”3″ alignment=”center” active_section=”1″ no_fill_content_area=”true”][vc_tta_section title=”Ruang Peribadi” tab_id=”1631342871682-6b50dc59-9b51d173-7120″][vc_column_text]Ruang Peribadi adalah ruang sekeliling tubuh badan kita. Setiap orang perlu ada peraturan untuk ruang peribadi supaya kekal rasa selesa, selamat dan gembira. Salah satu peraturan penting untuk ruang peribadi adalah tiada sesiapa boleh masuk ke ruang peribadi atau menyentuh tubuh badan kita tanpa meminta izin.

Aktiviti:

  1. Gunakan gelung hula (atau lukis bulatan di lantai) untuk menggambarkan ruang peribadi dan bawa kanak-kanak itu ke tengah bulatan tersebut.
  2. Maklumkan kepada kanak-kanak itu yang dia boleh memilih siapa yang dibenarkan ke dalam bulatan itu. Ia juga adalah terbaik jika kebenaran diminta sebelum memasuki bulatan orang lain.
  3. Cari ahli keluarga lain (termasuk anak anda) untuk mengambil giliran berdiri ‘terlalu dekat’ atau ‘jarak yang selesa’ semasa berbual. Bincangkan bagaimana jumlah ruang di antara setiap orang berbeza berdasarkan keselesaan mereka. 

Sumber Tambahan:

Video ini oleh Samsung kids mengandungi lagu yang mengajar kanak-kanak tentang ruang peribadi. Anda juga boleh memuat turun lembaran kerja dari Twinkl tentang batasan peribadi untuk dibaca dengan kanak-kanak[/vc_column_text][vc_single_image image=”1990″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Emosi” tab_id=”1631342871730-431ba184-2b81d173-7120″][vc_column_text]Mengenal pasti (dan menyuarakan) emosi pada usia muda adalah langkah pertama untuk mengajar kanak-kanak mempercayai suara hati mereka. Bincangkan jenis-jenis emosi yang mereka mungkin rasa di dalam pelbagai senario kehidupan seharian.

Aktiviti:

  1. Lakonkan emosi berbeza bersama kanak-kanak dan ajak mereka teka emosi-emosi yang dilakonkan.
  2. Bagi kanak-kanak kecil, mungkin lebih menyeronokkan melakonkan watak binatang contohnya; Monyet Marah, Gajah Gembira, Kucing Keliru dan lain-lain.
  3. Seterusnya, anda boleh tanya kanak-kanak itu sebab-sebab kenapa binatang tersebut merasa emosi sebegitu. Ini membantu mereka mengenal pasti dan menyuarakan perasaan mereka.
  4. Mereka juga boleh melukis diri mereka melakukan sesuatu yang membuat mereka rasa gembira, seronok dan selamat. Galakkan pemikiran bahawa diri mereka penting dan berhak untuk rasa selamat.

[/vc_column_text][vc_gallery type=”image_grid” images=”1995,1994,1993″ img_size=”380×300″][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Hak Kanak-kanak” tab_id=”1631343164784-6eeea8ac-bb21d173-7120″][vc_column_text]Badan anda, anda yang punya. Setiap tubuh badan adalah istimewa. 

Penting untuk kita kongsikan dengan kanak-kanak yang setiap manusia dilahirkan dengan hak asasi. Menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk didengar, dilindung dan pendapat mereka diberi pertimbangan sewajarnya.

Aktiviti:

  1. Minta kanak-kanak itu melukis sebuah poster tentang hak kanak-kanak untuk keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Bincangkan apa hak-hak yang kanak-kanak patut miliki. Ibu bapa/penjaga boleh rujuk kepada ringkasan Hak Kanak-kanak di sini.
  2. Untuk kanak-kanak kecil, minta mereka lukis apa yang mereka suka tentang diri mereka. Bincang kenapa mereka memilih ciri tersebut dan kongsi bagaimana keunikan setiap orang membuat dunia ini tempat yang indah.

[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Mengenali Kelakuan yang Mencurigakan” tab_id=”1631343285653-06b53c68-7c02d173-7120″][vc_column_text]Kita selalu mengingatkan kanak-kanak untuk jangan menerima apa-apa barang dari orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, data menunjukan kebanyakan kes-kes penderaan seksual kanak-kanak, melibatkan orang yang dikenali, dan dipercayai oleh kanak-kanak tersebut. 

Maklumkan kepada kanak-kanak dengan lembut yang sesiapa pun mampu membuat mereka rasa tidak selesa atau tidak senang – orang yang mereka kenal, orang yang mereka tidak kenal, atau orang yang mereka suka.

Kenalkan kanak-kanak kepada konsep ‘suara hati’ mereka dengan mengajar kanak-kanak tersebut untuk mengikut apa yang dirasa oleh tubuh badan mereka dalam senario-senario berikut.

Aktiviti:

  1. Reka peraturan keselamatan tersendiri dengan kanak-kanak itu tentang apa yang patut mereka buat jika mereka berasa ‘tidak selesa’. (Rujuk kepada Tanda Amaran apabila Berasa Tidak Selamat) 
  2. Bincang senario-senario yang mungkin terjadi bila kanak-kanak itu diancam bahaya dan apa mereka boleh buat dalam situasi itu.
  3. Bincang helah-helah yang mungkin digunakan oleh seorang ‘pendera’, seperti menawarkan hadiah atau menyuruh menyimpan rahsia. 
  4. Jika kanak-kanak itu berada dalam situasi yang mereka rasa tidak selamat, galakkan mereka untuk lari atau beredar dari situ, jerit ‘Pergi!’ atau ‘Tak Nak!’, tendang, atau tarik diri – walaupun ia melibatkan seorang yang mereka kenal.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”1997″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat” tab_id=”1631343298051-fc26b47d-5c03d173-7120″][vc_column_text]Kanak-kanak perlu tahu mereka digalakkan untuk katakan tidak kepada sentuhan-sentuhan yang membuatkan mereka rasa tidak selamat. 

Walaupun anda berpendapat satu sentuhan itu selamat, anda patut benarkan kanak-kanak itu membuat keputusan bagi diri mereka sendiri dan mengikut rasa hati mereka.

Aktiviti:

  1. Kumpulkan beberapa gambar yang menunjuk senario berbeza dari buku cerita, suratkhabar, atau album foto. Contohnya; anak bermain dengan binatang peliharaan, orang dewasa menggendong anak kecil atau seorang yang mencubit orang lain.
  2. Bincangkan dengan kanak-kanak tersebut apa yang mereka rasa apabila melihat gambar itu. Tanya sama ada mereka rasa itu satu sentuhan selamat atau tidak.
  3. Jika kerap berlatih menghubung perasaan kepada situasi/sentuhan yang selamat atau tidak, ia akan mengajar kanak-kanak mempercayai suara hati mereka dan membantu mereka mengenal pasti jika mereka perlu meminta bantuan.
  4. Untuk kanak-kanak kecil, ibu bapa boleh menggunakan perkataan ‘ok’ atau ‘tak ok’ selain daripada perkataan selamat atau tidak selamat.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”1998″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Hak untuk Katakan “Tidak”” tab_id=”1632328368185-f43c39c9-b32dd173-7120″][vc_column_text]Lazimnya perjumpaan bersama orang-orang yang lebih berumur melibatkan sentuhan fizikal. Contohnya, bersalaman dan cium tangan di dalam komuniti Melayu. Bantu kanak-kanak untuk mengatakan “tidak” jika mereka tidak mahu disentuh oleh sesiapa. Pastikan anda berbincang dengan semua orang dewasa di sekeliling kanak-kanak untuk mendapatkan sokongan bagi kanak-kanak tersebut untuk mempelajari dan yakin dengan rasa hati mereka.

Aktiviti:

  1. Bincang jenis-jenis cara menyapa orang tanpa sentuhan, seperti lambaian tangan, menunduk atau meletakkan tangan kanan mereka ke dada.
  2. Ingatkan kanak-kanak yang mengatakan “tidak” itu bukan salah dan bukan tanda tidak hormat, kemalasan atau kelakuan tidak bertanggungjawab.
  3. Anda boleh membuat carta menggambarkan pilihan cara menunjuk rasa hormat termasuk memeluk, menepuk tangan (high five), atau senyum; dan gantungkan carta itu di belakang pintu. Kanak-kanak itu boleh memilih cara yang mereka suka untuk menyapa orang pada hari itu. Ini satu cara yang mudah dan seronok untuk mengajar kanak-kanak tentang batasan tubuh badan di rumah.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”1999″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Izin dan Hormat” tab_id=”1631343308368-02f67f45-7d24d173-7120″][vc_column_text]Penting bagi kanak-kanak untuk memahami konsep meminta dan memberi izin. Izin perlu diminta dan diberi dengan jelas dan tanpa ragu-ragu. Sentiasa galakkan mereka untuk bertanya dengan cara hormat. Juga ingatkan mereka untuk hormat keputusan diri sendiri atau kawan-kawan jika tidak mahu memberi izin.

Kita juga perlu memahami yang seseorang itu boleh menukar fikiran mereka. Izin yang diberi, boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Penting untuk kita menghormati pilihan tersebut.

Aktiviti:

  1. Lakonkan senario di mana anda meminta izin dari anak anda dan sebaliknya. Contoh: “Boleh saya bermain dengan mainan kamu?” Atau “Boleh saya peluk kamu?”
  2. Ingatkan kanak-kanak keizinan itu hak bagi semua orang. Apabila keizinan itu diberi, ia juga boleh ditarik balik jika mereka menukar fikiran. Ini bukan satu masalah, dan tidak menandakan ada perasaan negatif terhadap orang itu.

[/vc_column_text][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Bahagian Sulit Tubuh Badan” tab_id=”1631343317763-23f01053-9c02d173-7120″][vc_column_text]Tubuh badan kita mempunyai banyak bahagian dan ada yang dinamakan bahagian sulit. Bahagian-bahagian sulit ini adalah bahagian-bahagian badan yang ditutup dengan pakaian dalam. 

Gunakan terminologi anatomi tepat untuk bahagian-bahagian tersebut, supaya kanak-kanak mampu menerangkan kepada anda dengan jelas, jika ada sentuhan tidak selamat berlaku. 

Kanak-kanak juga patut diajar yang tiada sesiapa dibenarkan menyentuh mulut mereka atau menyuruh mereka meletakkan apa-apa ke dalam mulut mereka.

Aktiviti:

  1. Minta kanak-kanak itu melukis gambar tubuh badan mereka dan bantu mereka memberi label kepada bahagian tubuh badan mereka dengan nama yang tepat mengikut terminologi anatomi. Anda juga boleh memberi label kepada bahagian tubuh badan yang bukan sulit.
  2. Bincang dengan kanak-kanak itu tentang bahagian tubuh badan mereka yang tiada sesiapa pun patut sentuh atau lihat, kecuali jika mereka perlu bantuan untuk membersihkan atau atas sebab kesihatan.
  3. Ingatkan kanak-kanak itu tubuh badan mereka kepunyaan mereka sahaja dan orang lain patut hormati hak itu.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”2000″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Tanda Amaran apabila Berasa Tidak Selamat” tab_id=”1631343329602-ecb5d429-32e7d173-7120″][vc_column_text]Tubuh badan kita amat menakjubkan. Kadang-kadang apabila kita rasa tidak selamat, badan kita akan memberi tanda amaran. Ini adalah suara hati kita. Bantu kanak-kanak membina kesedaran akan perbezaan di antara detik selamat dan tidak selamat, dengan mengajar mereka tanda-tanda amaran semasa berasa tidak selamat.

Contoh tanda amaran termasuk tapak tangan atau kulit yang berpeluh, degupan jantung yang laju, bulu roma meremang atau perut terasa tidak selesa.

Aktiviti:

  1. Minta kanak-kanak fikirkan satu masa di mana mereka berasa tidak selamat dan gambarkan apa yang mereka rasa pada tubuh badan mereka waktu itu.
  2. Lakonkan atau berlatih berdiri dengan tegas, dan beritahu kanak-kanak itu untuk melaungkan perkataan “Tidak” atau “Berhenti” dengan tangan mereka diangkat ke hadapan; ini jika ada sesiapa cuba menyentuh mereka dengan cara yang mereka rasa tidak selamat.
  3. Ingatkan mereka supaya memberitahu seorang dewasa yang mereka percayai jika mereka berasa tidak selamat, walaupun itu akan mengganggu atau memalukan orang itu.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”2001″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][vc_tta_section title=”Menyimpan Rahsia” tab_id=”1631343349037-0fb9d3e6-a578d173-7120″][vc_column_text]Bukan semua rahsia itu tidak baik, seperti kejutan istimewa untuk meraikan harijadi. Tetapi rahsia yang mengganggu perasaan dan membuat anda rasa takut atau keliru patut dikongsi. Rahsia tentang sentuhan yang membuatkan anda rasa tidak selesa atau tidak selamat, tidak patut disimpan.

Minta kanak-kanak tersebut mengenal pasti 3 hingga 5 orang dewasa yang dipercayai (tidak termasuk ibu bapa) yang dapat membantu menjaga kepentingan mereka dan akan sentiasa memberi perhatian kepada mereka. Beritahu kanak-kanak tersebut yang mereka dibenarkan menghubungi anda atau orang dewasa yang telah mereka kenal pasti, dan mereka akan sentiasa dipercayai.

Aktiviti:

  1. Lakarkan carta dengan gambar-gambar orang dewasa yang boleh dipercayai yang kanak-kanak itu telah kenal pasti. Walaupun ahli keluarga menjadi kegemaran untuk dinamakan, tetapi mereka juga boleh menjadi sumber tekanan dan ketidakselesaan. Jadi minta anak anda sertakan orang dewasa yang bukan ahli keluarga dan yang mereka rasa selesa untuk berbincang.
  2. Kemudian, lakonkan senario-senario berbeza dengan kanak-kanak itu supaya mereka berlatih bagaimana untuk meminta bantuan dari orang dewasa yang mereka percayai. Contoh: “Mummy, saya perlu beritahu sesuatu” atau “Cikgu, saya rasa takut.”
  3. Anda juga boleh berlatih contoh-contoh berlainan tentang rahsia selamat dan rahsia tidak selamat. Contohnya: “Bapa sedang merancang kunjungan sekeluarga ke Legoland secara rahsia untuk harijadi adik, patutkah saya simpan atau beritahu rahsia ini?” atau “Ada kawan menolak saya di sekolah dan memberitahu saya jangan beritahu cikgu, patutkah saya simpan atau beritahu rahsia ini?”

[/vc_column_text][vc_single_image image=”2002″ img_size=”500×300″ alignment=”center”][/vc_tta_section][/vc_tta_tabs][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

Kertas Aktiviti


[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2155″ img_size=”full” alignment=”center” el_class=”bayangkanlah1″][vc_column_text]

Bayangkanlah
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2101″ img_size=”medium” alignment=”center”][vc_column_text]

Saya Ada Hak
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2107″ img_size=”medium” alignment=”center”][vc_column_text]

Apa yang saya suka tentang diri saya
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2110″ img_size=”large” alignment=”center” css=”.vc_custom_1650252209099{margin-top: 10% !important;}”][vc_column_text]

Bahagian sulit saya, Lelaki, Perempuan
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2112″ img_size=”large” alignment=”center” css=”.vc_custom_1650252266197{margin-top: 10% !important;}”][vc_column_text]

Carta Orang Dewasa Yang Saya Percayai
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_single_image image=”2104″ img_size=”medium” alignment=”center”][vc_column_text]

Lukiskan Emosi
Muat Turun

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

Sumber Tambahan


[/vc_column_text][vc_column_text]

  1. Pusat Kesedaran Wanita atau Women’s Centre for Change (WCC) video tentang penderaan seksual kanak-kanak, poster dan sumber dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil.
  2. Childline Foundation’s talian bantuan dan sumber bantuan kesihatan mental.
  3. KidzLive memberi maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak dan mengajar kanak-kanak mempertahankan diri mereka.
  4. Alisa’s Wish – Pusat advokasi Kanak-kanak dan orang Muda di Kanada.
  5. Body Safety Australia’s program untuk perlindungan kanak-kanak dan pendidikan keselamatan tubuh badan.
  6. The Fight Child Abuse program untuk kanak-kanak semua umur.
  7. Kids Helpline Australia’s sumber untuk “Memahami Penderaan Seksual”.
  8. Social Workers Toolbox – Sumber Program Kekal Selamat.

Podcast Janet Lansbury’s Respectful Parenting (Keibubapaan secara Kehormat) tentang strategi mencegah penderaan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

Direktori


[/vc_column_text][vc_column_text]Jika anda dapat tahu tentang seorang kanak-kanak yang telah didera secara seksual, ini cara untuk mendapat bantuan bagi kanak-kanak itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa;

https://www.wccpenang.org/child-sexual-abuse-getting-help/ 

Klik di sini untuk memuat turun senarai organisasi berkaitan yang anda boleh hubungi jika anda atau sesiapa yang anda kenal yang perlukan bantuan. Perkara lain yang anda boleh lakukan:

  1. Sokong panggilan untuk jenayahkan santunan seksual siber di Malaysia di sini www.rage.com.my/predator
  2. Laporkan bahan lucah kanak-kanak melalui laporan INHOPE Internet di www.hotlines.inhope.org/gns/report-here
  3. Sertai perbincangan #ReplyForAll (JawabUntukSemua) media sosial dan kongsi tips keselamatan di atas talian.
  4. Jadi seorang U-Reporter dan sertai undian tentang isu-isu. Daftar di www.malaysia.ureport.in
  5. CyberCare Youth Organisation – NGO yang diwartakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan:
    www.cybercare.org.my

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_separator color=”custom” accent_color=”rgba(0,0,0,0.01)”][/vc_column][/vc_row][vc_row full_width=”stretch_row_content_no_spaces” full_height=”yes” columns_placement=”bottom” equal_height=”yes” css=”.vc_custom_1631849397248{margin-bottom: 0px !important;background-color: #e37b70 !important;}”][vc_column][vc_text_separator title=”” color=”custom” accent_color=”rgba(0,0,0,0.01)”][vc_column_text]

Jika anda ada soalan tentang buku ‘Bayangkanlah’ sila hubungi
makchic.whatif@gmail.com

Untuk pertanyaan am, sila hubungi
hello@makchic.com

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Scroll to Top